"TWMR bekerja rapat dengan Litar Suzuka, Litar Antarabangsa Zhuhai dan FIM Asia untuk mencari tarikh sesuai.
"Tarikh baharu dan juga kalendar 2020 yang baharu akan diumumkan dalam masa terdekat ini. TWMR dan FIM Asia berharap, semua pihak untuk terus kekal berada dalam keadaan selamat dan sihat.
"Kami akan terus berusaha tanpa penat bersama wakil litar dan juga pihak lain bagi memastikan kelangsungan musim 2020," kata pihak promoter itu dalam satu kenyataan.
Kalendar musim 2020 sepatutnya berlangsung sebanyak tujuh pusingan dengan Litar Antarabangsa Sepang sempat menjadi tuan rumah Pusingan 1 pada 6 hingga 8 Mac lalu sebelum penularan wabak COVID-19 di seluruh dunia diperketatkan.
Pada pusingan pembuka tirai di Sepang, ada antara pasukan yang sudah mengambil langkah pencegahan dengan mengambil keputusan tidak mengambil bahagian di litar kebangsaan negara itu.
Antara pasukan itu adalah Honda Asia Dream Racing with Showa yang disertai wakil tempatan, Zaqhwan Zaidi dalam kelas perdana, ASB1000cc.
Selain Honda Asia Dream Racing with Showa turut difahamkan terdapat empat lagi pasukan membuat keputusan sama iaitu Astra Honda Racing Team, AP Honda Racing Thailand, Honda Racing Vietnam dan Idemitsu Honda Racing India yang kebanyakannya menyertai kelas Asia Production 250cc.