Di Eropah, ia tidak popular sebelum ini kerana trak pikap dianggap sebagai kenderaan komersil tetapi sejak Ford mula memperkenalkan Ranger di US, pasaran Eropah turut melihhatkan impak yang positif.
Trak pikap pesaingnya masih dilihat sebagai kenderaan yang kasar dan tidak selesa dipandu dan oleh kerana Ford tahu tidak ada pencabar yang kuat, ia terus melaksanakan serangan demi serangan ke atas pasaran Eropah.
Kali ini, Ford Eropah memperkenalkan varian Thunder untuk trak pikap popularnya, Ranger.
Tidak seperti varian FX4 di Asia Tenggara, Ranger Thunder ini dibina berdasarkan Ranger Wildtrak. Ia menggunakan enjin 2.0L BiTurbo EcoBlue dengan transmisi automatik 10-kelajuan, lampu LED dengan bahhagian dalam yang digelapkan, roda aloi 18-inci warna hitam, tempat duduk kulit dan logo-logo Thunder yang dilekatkan di merata badan pikap mewah ini.
Pembeli boleh memilih apa-apa warna untuk Ranger Thunder ini, asalkan warna itu ialah warna hitam seperti di dalam gambar ini.
Hharganya hanya mahal sedikit dari Wildtrak dan cuma 4,500 unit akan dijual di seluruh Eropah, dan semuanya datang dari Thailand.
Hairan kerana walaupun negara itu tidak mempunyai syarikat kenderaan nasional, vendor-vendor automotif Thailand dapat melihat komponen mereka masuk ke pasaran Eropah dan juga US.