Dibangunkan bersama Google, aplikasi ini membolehkan penumpang menyemak lokasi sebenar bas Rapid KL dalam masa nyata untuk hampir 170 laluan bas di sekitar Lembah Klang.
Selain daripada itu, para pengguna juga boleh menyemak data lain seperti kombinasi perkhidmatan bas dan rel, maklumat hentian bas serta jangkaan masa perjalanan sesebuah laluan.
Pada masa akan datang, pihak Rapid Bus juga akan memperluaskan lagi capaian aplikasi ini kepada perkhidmatan bas perantara MRT, Rapid Penang serta Rapid Kuantan.
Aplikasi ini boleh dimuat turun menerusi Google Play atau Apple App Store.