Perubahan tersebut adalah penampilan logo baharu 'CBR' seperti yang dipaparkan pada model superbike Honda CBR1000RR-R, namun aspek luaran masih mengekalkan ciri-ciri seperti lampu utama berkembar, serta rekaan reraup hadapan dan tangki yang agresif.
Sportbike ini juga menawarkan ciri seperti handlebar jenis clip-on namun aspek ergonomik tunggangannya tidak begitu agresif dan sesuai untuk kegunaan seharian di dalam bandar mahupun kembara.
Enjin yang digunakan adalah enjin sejukan cecair bersesaran 399 cc yang menghasilkan 46 PS dan 38 Nm yang dipadankan dengan transmisi enam kelajuan.
Tangki bahan api pula adalah sebesar 17 liter dengan angka penggunaan bahan api sekitar 3.4 liter untuk setiap 100 km.
Sekadar pengetahuan, Honda CBR400R sebenarnya dibangunkan berdasarkan model Honda CBR500R yang telah diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun lalu.
Ia diikuti dengan model-model lain seperti Honda CB500F dan juga Honda CB500X dan model bersesaran 400 cc ini dijual untuk pasaran seperti Jepun dan Singapura.
Sumber: Indian Auto Blog