Unit yang ke-10,000 itu dilayangkan dengan warna Nero Noctis Matt yang merupakan warna baharu untuk SUV tersebut, serta hadir dengan pakej gentian karbon penuh dan warna dalaman dua tona.
Menurut Lamborghini lagi, SUV Urus itu akan dihantar ke pelanggan yang menetap di Russia, di mana ia merupakan salah satu pasaran penting buat Lamborghini Urus secara khususnya.
Dalam satu laporan yang dikeluarkan pada awal tahun lalu, Lamborghini telah mengedarkan kira-kira 8,205 unit SUV tersebut untuk tahun 2019, dengan peningkatan sebanyak 43 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2018.
Untuk tahun 2019, jumlah jualan Urus adalah sebanyak 4,962 unit, atau penguasaan 61 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan kenderaan Lamborghini.
Baca: Lamborghini Urus Pearl Capsule
Baca: SUV Lamborghini LM002
Baca: Lamborghini Urus ST-X