Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM berkata, "XPANDER bukan hanya model penting untuk MMM, tetapi juga di seluruh rantau ASEAN.
Sehingga Jun 2020, model tersebut telah mencapai jualan terkumpul sekitar 256,000 unit di negara ASEAN.
Kejayaan Xpander di negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam mencerminkan betapa sesuainya Crossover ini untuk memenuhi keperluan pelanggan Malaysia.
MMM sangat teruja untuk memperkenalkan crossover tujuh tempat duduk ini di Malaysia sebelum akhir tahun ini.”
XPANDER telah memenangi pelbagai anugerah di negara-negara ASEAN. Di antara anugerah yang dimenangi adalah "Car of the Year 2018" oleh Otomotif Awards 2018 di Indonesia, "Automobile Filipina tahun 2019 dalam Kategori Standard" oleh Auto Focus People's Choice Awards dan "Thailand Car of the Year 2019 dan 2020: MPV TERBAIK DI BAWAH 1.600 cc ” oleh Grand Prix International PLC.
-Walaupun di negara kita 'terlambat' menerima kehadirannya tetapi tidak mengapa kerana apa yang pasti, kami di Careta juga tidak sabar untuk menunggu pelancaran rasmi Xpander ini!-