Kereta model lama menjadi pilihan pencuri!

oleh SALINA JALIL|
Persepsi masyarakat mengenai kereta model lama kurang menjadi pilihan penjenayah untuk dicuri perlu diubah kerana sebenarnya ia merupakan antara ‘barang panas’ yang sering menjadi sasaran di kalangan penjenayah ketika ini.


Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata model kereta lama buatan tempatan boleh dikatakan sering menjadi ‘pilihan’ penjenayah kerana nilai barang gantian yang terdapat pada kereta itu, selain wujudnya peluang untuk mencuri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Menurutnya di Cheras terdapat 1.33 juta penduduk dan ada beberapa kawasan yang tidak mempunyai  tempat parkir yang teratur sehingga menyebabkan mereka terpaksa meletak kenderaan di luar pagar rumah termasuk di tempat letak kereta pangsapuri dan kondominium yang tidak ada pengawal keselamatan.

 

“Ini memberi peluang dan ruang kepada penjenayah untuk mencuri kenderaan ini dengan menggunakan peralatan seperti pembaris dan tidak memerlukan peralatan berteknologi tinggi.

 

“Saya mahu masyarakat untuk ubah persepsi mereka mengenai kereta lama tidak akan dicuri kerana kita sudah terima banyak kes,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

 

Sementara itu Mohamed Mokhsein berkata 132 kes curi kereta dan 264 kes curi motosikal dilaporkan di Cheras dalam tempoh Januari sehingga semalam dengan 27 orang ditahan berbanding 366 kes curi kereta dan 562 kes curi motosikal dilaporkan dalam tempoh sama tahun lepas.

 

Merujuk kepada indeks jenayah di daerah Cheras pula, katanya ia menunjukkan penurunan 16.17 peratus iaitu pengurangan 148 kes bermula Januari sehingga Khamis lepas.

 

Beliau berkata dalam tempoh berkenaan, sebanyak 767 kes dicatatkan tahun ini berbanding 915 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

 

-pada pandangan kami di Careta, kadar penurunan angka kecurian dalam tempoh yang sama adalah disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan, dengan itu, jangan lalai atau 'ambil mudah' tentang kenderaan lama kita-

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihak polis menerima…
Berita Domestik
Polis turut merampas sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipercayai digunakan oleh suspek ketika…
Berita Global
Namun syarikat Concorde (bukan kapal terbang ultrasonik) tampil dengan penyelesaian untuk masalah…