Perkara itu diumumkan menerusi satu pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bertarikh semalam sebelum ia tular di media sosial.
Menerusi surat pekeliling berkenaan, dua jenis kenderaan berkenaan yang mempunyai cukai jalan sudah tamat tempoh selama 12 bulan dan tidak melebihi 36 bulan dibenarkan memperbaharui cukai itu tanpa perlu pemeriksaan kenderaan oleh PUSPAKOM.
Untuk proses pembaharuan cukai jalan, pemilik kenderaan boleh membuat memperbaharuinya secara dalam talian namun perlu menggunakan transaksi MySikap.
Bagi kenderaan yang cukai jalannya tamat tempoh lebih 36 bulan, masih perlu membawa kenderaan terbabit ke PUSPAKOM untuk menjalani pemeriksaan seperti biasa.
Difahamkan, perkara itu akan diumumkan oleh Menteri Pengangkutan petang esok.
Sumber: Berita Harian