Keluasan gudang baharu tersebut adalah seluas 40,000 kaki persegi adalah untuk menumpukan semua operasi di bawah satu bumbung.
Langkah ini dianggarkan akan mempercepatkan penghantaran alat ganti yang diperlukan oleh rakan niaga MMM termasuk 52 wakil pengedar jenama itu di seluruh negara.
“Gudang alat ganti baharu itu terletak di lokasi strategik yang kurang mengalami kesesakan jalan raya dan mempunyai akses mudah ke Lebuhraya Persekutuan dan KESAS,” kata Tomoyuki Shinnishi, Ketua Pegawai Eksekutif MMM.
“Ini membolehkan kami mempercepatkan penghantaran alat ganti kepada rakan niaga MMM dan seterusnya meningkatkan pengalaman selepas jualan pelanggan dengan mengurangkan kos,” tambah beliau.