Tidak menghairankan apabila negara tersebut berjaya mencapai sasaran penjualan 50 ribu unit EV tiga tahun lebih awal berbanding jangkaan asal.
Disebabkan sambutan yang cukup baik itu jugalah menyebabkan Porsche sudah pun berjaya menjual kira-kira 1,000 unit sedan elektrik Taycan di negara tersebut.
Pemilik Taycan yang ke-1000 itu bukanlah asing dengan jenama Porsche, malah Thomas Røed sebelum ini pernah memiliki lima unit model daripada jenama Jerman tersebut.
Beliau dalam satu temubual berharap Taycan mampu memberikan karakteristik pengalaman pemanduan yang sama macam model Porsche yang terdahulu.
"Saya dengar Taycan boleh beraksi dengan baik, dan saya tidak sabar untuk mengujinya di jalan-jalan gunung."
Namun, Thomas tidaklah membeli Taycan semata-mata kerana prestasinya.
"Fokus saya bukanlah untuk menjadi yang terpantas, saya lebih kepada seorang yang suka berkelana, jadi keseronokan pemanduan setiap hari adalah lebih penting bagi saya.