Berdiri ketika menunggang akan mengubah titik berat motosikal itu betul-betul di antara kedua-dua gandar roda hadapan dan belakang.
Ini menjadikan titik graviti motosikal dan anda berada lebih rapat kepada bumi.
Ia akan menambahkan stabiliti ketika menunggang dan paling penting, memudahkan kawalan motosikal dengan bar hendal.
Ia juga membenarkan roda belakang bergerak dengan lebih bebas ketika melalui kawasan tidak rata. Ekor yang dibiarkan menari bebas akan memudahkan kawalan jentera berbanding dengan bahagian belakang motosikal yang terlalu kejung atau "rigid".
Berdiri juga memudahkan anda untuk "membaca" laluan di hadapan dengan lebih mudah, dan ini membenarkan anda untuk merancang ke mana motosikal anda perlu dihalakan.
Bila anda perlu duduk?
Anda tidak perlu berdiri ketika menunggang di jalanraya, kecuali jika anda mahu berlagak untuk menunjukan kepada orang lain yang anda boleh berdiri. Tetapi, ada rider yang berdiri sekejap kerana hendak hilangkan lenguh. Hati-hati kerana berdiri pada kelajuan tinggi boleh menyebabkan motosikal tidak terkawal.
Anda tidak perlu berdiri jika anda menunggang motosikal besar dan berat dan sedang melalui kawasan berlubang atau berparit. Ini ialah supaya anda boleh bersedia untuk menahan motosikal sekiranya motosikal mulai senget.
Anda tidak perlu berdiri sekiranya kaki kanan anda tidak dapat menggunakan pedal brek belakang dengan baik. Ada sesetengah motosikal yang datang lengkap dengan pedal yang tapaknya boleh ditinggikan, sesuai untuk digunakan ketika berdiri. Jika tidak, anda boleh tukarkan pedal brek anda kepada jenis ini.