Bukti pertama ialah model Kia Grand Carnival 2021 yang bakal dilancarkan di Thailand pada 26 November ini.
Menurut laman web Wapcar.my, dipercayai Thailand akan menjadi negara pertama yang akan menerima model panduan sebelah kanan untuk model tersebut.
Gambar-gambar itu diambil dari Facebook Kia Grand Carnival Club Malaysia dan dipercayai dari Thailand.
Kia Grand Carnival 2021 dilancarkan secara global pada bulan Ogos lalu dan mendapat sambutan hebat dari netizen kerana bentuknya yang menarik.
Ia juga datang dengan enjin diesel 2.2L CRDi yang menjimatkan dan sangat berkuasa.
Grand Carnival baharu ini juga jauh berbeza dari bentuk Carnival generasi pertama yang turut dijual di Malaysia dengan nama Naza Ria.
Ternyata Kia sudah jauh melangkah maju.