Lebih daripada 300 Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) berdaftar di bawah inisiatif ini dan telah menjalani proses penilaian yang cukup ketat untuk melihat beberapa aspek seperti kualiti, inovasi dan keupayaan pengedaran.
Enam pemenang telah diumumkan di bawah Shell Private Label Contract di mana mereka akan diberikan peluang untuk menjual produk tersendiri di lebih 600 kedai Shell SELECT di seluruh negara, selain diberikan sokongan pemasaran, pembungkusan dan logistik oleh Shell.
23 SME yang lain disenaraikan di bawah Shell Product Listing, di mana mereka akan mendapat peluang yang serupa di stesen Shell yang terpilih.
Berikut merupakan enam SME yang berjaya menerima Shell Private Label Contract:
Produk |
SME |
Aiskrim Malaysia IKAT |
Big Why Enterprise |
Salis Pop Rice |
Binarich Enterprise |
Ready-to-Eat Murtabak |
I ON Enterprise |
Tea |
Kincirmas SDN BHD |
Ready-to-Eat Burger |
Meals in Minutes SDN BHD |
Pineapple Juice |
Rompin Integrated Pineapple Industries SDN BHD |