Generasi baharu Mazda2 bakal guna platform Yaris TNGA di Eropah, serta sistem Toyota Hybrid System!

oleh Mohamad Hanif|
Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Mazda tidak mempunyai sebarang perancangan untuk memperkenalkan model-model baharu sebelum tahun 2022.

Namun, laman web Autocar mendedahkan bahawa pengeluar dari Hiroshima itu bakal hadir generasi baharu Mazda2 menggunakan platform daripada Toyota Yaris spesifikasi Eropah yang dibangunkan daripada platform TNGA.

Autocar turut memetik dokumen rasmi yang menyebut bahawa 'model yang bakal menggunakan asas Yaris THS (Toyota Hybrid System) itu dijadualkan pelancarannya dalam masa dua tahun lagi'.

Dengan kehadiran model baharu ini, Mazda2 TNGA bakal menggantikan generasi keempat Mazda2 yang berada di pasaran semenjak tahun 2014, serta membolehkan Mazda mencapai standard pelepasan emisi CO2 yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah.

 


Menurut kenyataan rasmi daripada Mazda, "kami mendapati sistem THS (Toyota Hybrid System) merupakan solusi optimum untuk mencapai regulasi yang telah ditetapkan oleh setiap kawasan.

"Kolaborasi ini adalah hasil daripada perbincangan terhadap polisi kerjasama Toyota-Mazda untuk menggunakan sumber kedua-dua pihak sebaik mungkin, selain menghormati kebebasan pengurusan dan jenama itu sendiri.

Sebelum ini Toyota pernah menggunakan platform Mazda2 untuk model hatchback Yaris yang dijual di pasaran Amerika Syarikat, sebelum penjualannya dihentikan selepas model tahun 2020.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pengedar rasmi jenama Mazda dan Kia di Malaysia itu yakin bahawa akan ada peningkatan dari segi…
Informasi
Atenza (Mazda 6), dan Axela (Mazda 3) sudah ditamatkan pengeluaran di Jepun sejak 2018 dan 2019,…
Berita Global
Sementara itu, Mazda Motors Corporation menghentikan pengeluaran dua model, termasuk MAZDA2, di…