Kilang Tesla di Jerman terhenti kerana ganggu ular tidur

oleh HEZERI SAMSURI|
Usaha untuk meratakan tanah bagi pembinaan gigafactory Tesla di Jerman terpaksa dihentikan atas arahan mahkamah di sana.

Ini ialah kerana hutan tempat kilang itu bakal dibina akan mengganggu hibernasi ular-ular yang ada di situ.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut pencinta-pencinta alam semulajadi Jerman, NABU, sebarang usaha untuk menebang pokok-pokok di hutan kawasan Gruenheide itu akan membahayakan ular-ular tersebut.

Pihak agensi alam sekitar negara itu dan Tesla diminta untuk mengemukakan perancangan terbaharu untuk mengatasi masalah itu kepada mahkamah tersebut untuk dikaji.

Ular jenis Coronella Austriaca dikatakan menghuni kawasan itu dan aktiviti menebang pokok akan menggangu proses hibernasi musim sejuk mereka.

 

 

Selain dari ular, agensi tempatan di kawasan itu juga sedang mengkaji satu lagi dakwaan NABU bahawa sejenis cicak pasir akan turut terkesan dengan pembinaan tersebut.

Tesla bercadang untuk memasang Model Y mereka di situ untuk pasaran Eropah dan kilang itu sepatutnya siap pada 1 Julai tahun hadapan.

Kilang itu dijangka akan mempercepatkan usaha mengubah lanskap automotif Jerman kepada kenderaan EV.

* Laporan penuh di Reuters

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…
Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…