Menurut MAA, di bawah rancangan pemulihan ekonomi PENJANA, pengenalan pengecualian cukai penjualan kereta penumpang untuk tempoh antara 15 Jun dan 31 Disember meningkatkan penjualan kereta baru.
"Jualan pada November adalah 0.3 peratus lebih rendah berbanding Oktober dengan 56,670 unit tetapi 7.4 peratus lebih tinggi berbanding bulan sama tahun lalu (52,584 unit)," katanya.
MAA berkata, jualan November yang kekal melebihi 50,000 unit itu dipacu insentif pengecualian cukai jualan kereta penumpang yang diumumkan kerajaan, selain pelancaran pelbagai model baharu menjadi pemangkin jualan yang kekal positif.
"Bagi bulan dikaji, jumlah pengeluaran dicatatkan sebanyak 54,832 unit mewakili 50,894 unit kenderaan penumpang dan 3,938 unit kenderaan komersial," katanya.
Bagi bulan terakhir 2020, MAA berkata, persatuan itu menjangkakan jumlah jualan lebih tinggi berbanding November dipacu insentif pengecualian cukai jualan yang berakhir 31 Disember ini.
"Jualan Disember juga bakal dipacu promosi agresif oleh pengeluar kenderaan," katanya.
Artikel oleh Hamimah Hamid dan Mohd UmzarulFaiz