Menerusi perancangan itu, Mahindra dikatakan akan memiliki sebilangan besar pegangan di dalam syarikat usahasama itu, dan Ford pula akan memindahkan hampir kesemua operasi, serta kilang pemasangan di Chennai dan Sanand kepada entiti baharu itu.
Namun, perancangan tersebut tidak menjadi akibat perubahan ekonomi dan perniagaan yang tidak menentu sejak 15 bulan kebelakangan ini.
Lebih menambah buruk keadaan adalah penularan wabak pandemik COVID-19 yang memaksa kedua-dua syarikat meneliti semula keutamaan perniagaan masa kini.
Disebabkan itu, Ford kini masih lagi menguasai operasi mereka di India, namun mereka juga kini sedang aktif meneliti operasi perniagaan di seluruh dunia termasuk di India bagi memastikan mereka mencapai 8 peratus margin EBIT selain memastikan aliran tunai yang konsisten.