Kereta terbalik - tiga mangsa dikejarkan ke hospital

oleh Mohamad Hanif|
Tiga mangsa dikejarkan ke hospital selepas kejadian kemalangan yang berlaku di East Coast Parkway (ECP) Singapura yang berlaku awal pagi Sabtu (9 Januari).
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata, pihaknya telah dihubungi pada Sabtu jam 2 pagi berhubung kemalangan trafik melibatkan dua buah kereta yang berlaku di ECP menghala ke Marina Coastal Expressway (MCE).

Dua mangsa wanita, masing-masing berumur 23 dan 24 tahun, serta seorang lelaki berusia 25 tahun dilaporkan dalam keadaan sedar sewaktu dikejarkan ke Hospital Umum Changi.

Sebuah video rakaman dashcam yang berlegar di media sosial menunjukkan sebuah kereta terbabas, merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik di seberang jalan.

Pihak polis masih lagi melakukan siasatan berhubung kejadian tersebut.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by careta (@careta_malaysia)

Sumber: Channel News Asia

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati pemandu kereta Proton Saga iaitu wanita berusia 48 tahun dalam perjalanan…
Berita Domestik
Persatuan Pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang dalam satu…
Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…