Kereta perisai terbabit kemalangan empat kenderaan

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang wanita cedera ringan selepas kenderaan dipandunya terlibat kemalangan dengan tiga kenderaan lain termasuk kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kilometer 36.4 Jalan Seremban-Tampin, di Rembau pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden, Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata, kemalangan jam 10.50 pagi itu membabitkan empat kenderaan iaitu Proton Saga, Proton Saga FLX, Perodua Axia dan kereta perisai ATM.

"Siasatan awal mendapati pemandu kereta Proton Saga iaitu wanita berusia 48 tahun dalam perjalanan untuk pergi bekerja di Create Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu Perodua Axia seorang wanita berusia 29 tahun telah hilang kawalan lalu melanggar belakang Proton Saga berkenaan.

"Kemudian datang kereta Proton Saga FLX melanggar belakang Perodua Axia dan menyebabkan Perodua Axia itu masuk ke laluan bertentangan sebelum dilanggar oleh perisai ATM yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujarnya, akibat kemalangan itu, pemandu Perodua Axia dan penumpangnya telah mengalami kecederaan di bahagian bibir akibat hentakkan dari beg udara kereta dan dihantar ke Hospital Rembau untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Pemandu tiga kenderaan lain pula tidak mengalami kecederaan. Kes ini seterusnya disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN166/59)," katanya.

- kereta lain terbabas, kereta lain jadi mangsa! Salam takziah kepada terlibat, Syukur tiada kehilangan nyawa -

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Dartz, warna jingga yang digunakan ialah warna bertuah yang akan membawa kekayaan dan…
Berita Domestik
  “Setakat ini, tender antarabangsa yang dibuka itu akan mengambil alih fungsi kereta perisai lama…
Berita Domestik
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Mildef, Datuk Sri Mohd Nizam bin Kasa (gambar di bawah), ujian-…