Menurut laporan daripada Bloomberg, disebabkan terlalu banyak informasi yang tertiris sejak kebelakangan ini, Apple menjadi tidak selesa sekaligus menghentikan seketika rundingan tersebut.
Setakat ini, tidak diketahui sama ada Apple akan meneruskan perbincangan tersebut, dan jika benar projek tersebut tidak diteruskan, Apple kini mempunyai pilihan untuk meneruskan projek tersebut dengan syarikat pengeluar automotif yang memiliki kapasiti dan keupayaan untuk menghasilkan EV.
Sumber: Bloomberg