Empat model edisi terhad Proton rasmi dilancarkan, bermula dari RM42,800

oleh Mohamad Hanif|
Sebentar tadi, Proton telah pun selesai melancarkan empat model edisi khas menerusi siaran langsung di laman Facebook Proton Cars.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Empat model yang dimaksudkan adalah Proton Iriz R3 Limited Edition, Proton Saga R3 Limited Edition, Proton Persona Black Edition dan MPV Proton Exora Black Edition.

Perincian spesifikasi adalah seperti berikut:

Proton Iriz R3 Limited Edition

 

  • Kombinasi warna badan hitam dengan kemasan kuning signatur R3
  • Rim rekaan baharu bersaiz 16 inci
  • Pelekat grafik dengan nombor 83 (penghormatan buat jentera lumba Iriz)
  • Pelekat cermin hadapan dan cermin belakang
  • Lencana R3 pada pintu belakang, spoiler, cermin dan papan pemuka
  • Alas kaki khas R3
  • Kemasan kuning pada papan pemuka
  • Stereng dan tempat duduk balutan kulit leatherette
  • Terhad kepada 1,000 unit sahaja
  • Harga dari RM52,900

 

Proton Saga R3 Limited Edition

  • Kombinasi warna badan hitam dengan kemasan kuning signatur R3
  • Rim rekaan baharu bersaiz 16 inci
  • Pelekat grafik R3
  • Pelekat cermin hadapan dan cermin belakang
  • Lencana R3 pada pintu belakang, cermin dan papan pemuka
  • Alas kaki khas R3
  • Terhad kepada 3,000 unit sahaja
  • Harga dari RM42,300

 

Proton Persona Black Edition

  • Kombinasi warna hitam
  • Kemasan emas pada bahagian bawah bampar
  • Kemasan hitam pada gril hadapan
  • Rim dwitona, kemasan warna emas
  • Tmpat duduk dan stereng balutan kulit leatherette
  • Terhad kepada 2,000 unit sahaja
  • Harga dari RM54,700

Proton Exora Black Edition

 

  • Kombinasi warna hitam
  • Kemasan warna emas
  • Tempat duduk dan stereng balutan kulit leatherette
  • Terhad kepada 500 unit sahaja
  • Harga dari RM67,800

Sebagai makluman, harga yang disebutkan di atas hanya sah sehingga 30 Jun 2021, di mana selepas tarikh tersebut, harga jualan sedikit meningkat kepada:

  • Proton Iriz R3 Limited Edition - RM53,700
  • Proton Saga R3 Limited Edition - RM42,800
  • Proton Persona Black Edition - RM55,600
  • Proton Exora Black Edition - RM69,800

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Kia EV9 merupakan pemenang anugerah berprestij seperti World Car of The Year 2024 dan juga…
Berita Global
Dibina di atas platform E-GMP, ia juga lebih kecil berbanding dengan EV6 yang sudah dijual di…
Berita Domestik
Kini, jenama itu sedia untuk meluaskan kehadirannya di pasaran pemanduan sebelah kanan global…