Nombor bidaan pendaftaran plet KFC raih RM2.02 juta

oleh SALINA JALIL|
Bidaan nombor pendaftaran kenderaan KFC meraih hasil sebanyak RM2.02 juta yang melibatkan sebanyak 3,118 pembida sejak dibuka kepada orang ramai selama lima hari, bermula 13 Februari lepas.


Kutipan hasil bagi nombor pendaftaran yang sinonim dengan sebuah restoran makanan segera itu melepasi sasaran RM1 juta daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Pengarah JPJ Kedah, Abdul Rahman Emang Anyie berkata, bidaan tertinggi adalah KFC 7 sebanyak RM52,000 diikuti dengan KFC 9 iaitu RM48,000.

 

“Nombor pendaftaran KFC ini mendapat tumpuan kerana sinonim dengan sesuatu yang kita biasa dengar. Kutipan ini termasuk jumlah belian resit melalui Sistem Bidaan Nombor Pendaftaran Kenderaan Dalam Talian (JPJeBid).

 

“Nombor tender bagi KFB yang dilaksanakan secara dalam talian pada 3 Disember hingga 7 Disember mengutip hasil sebanyak RM714,217 dengan bidaan tertinggi bagi KFB 1 sebanyak RM92,222,” katanya dalam sidang akhbar di pejabat JPJ Kedah di Suka Menanti, di Alor Setar.

 

Sebelum ini JPJ Kedah memperoleh lebih RM1.2 juta bagi bidaan siri nombor pendaftaran KFA yang sinonim dengan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) sementara jualan tertinggi di Kedah setakat ini adalah bagi siri pendaftaran KEN yang mencecah RM4.8 juta.

 

Jelas beliau, bidaan melalui JPJeBID menawarkan ketelusan dengan transaksi pendaftaran sehingga pembayaran dibuat.

 

“Bila sistem bidaan dalam talian digunakan tujuan utama untuk pasti ketelusan kutipan hasil dan kita akan nampak perbezaan kutipan hasil,” katanya.

 

 

 

 

– UTUSAN ONLINE

Berita Berkenaan

Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…
Berita Domestik
Syarikat itu berkata ia adalah sebahagian daripada inisiatif swasta bertujuan meningkatkan nilai…
Berita Domestik
Ia berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan…