Ini kerana dalam satu kenyataan terbaharu, Honda secara rasmi mengesahkan bahawa produksi kereta sports kei Honda S660 akan ditamatkan pada Mac 2022, kira-kira setahun dari sekarang.
Bersempena dengan berita sedih itu, Honda turut melancarkan sebuah model edisi khas S660 Modulo X Version Z yang memberikan penghormatan buat edisi khas Honda Beat, sekaligus merangkap penutup kepada generasi S660.
Dibina menggunakan varian paling premium Modulo X, model Version Z ini menampilkan reka bentuk luaran yang lebih agresif, logo dan meblem berwarna krom hitam, spoiler aktif berwarna hitam, rim lapan jejari berwarna hitam, serta trim ruang kabin dengan elemen rekaan gentian karbon.
Selain daripada itu, Honda juga turut mendatangkan beg khas Modulo X yang boleh digunakan, serta mempunyai tempat sangkut khas di antara tempat duduk.
Menurut laporan daripada laman web Response, produksi S660 terpaksa dihentikan memandangkan regulasi undang-undang yang semakin ketat, seperti keperluan untuk pemasangan brek automatik.