Cermin gelap - undang-undang sudah berubah?

oleh HEZERI SAMSURI|
Undang-undang untuk cermin gelap seperti yang diketahui sebelum ini membenarkan cermin sisi penumpang belakang sehingga cermin belakang dibenarkan gelap mengikut kadar ketelusan cahaya yang disukai pemilik kenderaan.

Untuk cermin hadapan (windscreen), kadar ketelusan cahaya kekal 70 peratus dan cermin sisi pemandu dan penumpang hadapan pula telus 50 peratus (seperti rajah di atas).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun begitu, rungutan beberapa rakan Careta mengenai maklumat pada laman web JPJ melihat bahawa kadar itu berbeza.

Maklumat dalam Bahasa Inggeris di laman web JPJ menyatakan bahawa cermin sisi penumpang belakang perlu mempunyai kadar ketelusan cahaya sebanyak 50 peratus, sama seperti cermin sisi pemandu dan penumpang hadapan.

 

 

Maklumat mengenai cermin gelap versi Bahasa Malaysia pula tidak dijumpai di dalam laman web tersebut. Jika ini benar, perubahan tersebut tidak diketahui ramai atau ia mungkin kesilapan pada laman web JPJ.

Di bawah ialah pautan kepada kenyataan cermin gelap di bawha modifikasi kenderaan penumpang persendirian di dalam Bahasa Inggeris. 

https://www.jpj.gov.my/web/main-site/teknikal-kenderaan-en/-/knowledge_base/technical/modifications-on-private-vehicles

Di bawah pula ialah pautan untuk memuat turun versi PDF akan perundangan tersebut.

LAWS SELECTED ARTICLES - JPJ

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Bidaan akan diadakan selama lima hari secara dalam talian di Sistem JPJeBid bermula hari ini dan…
Berita Domestik
Syarikat itu berkata ia adalah sebahagian daripada inisiatif swasta bertujuan meningkatkan nilai…
Berita Domestik
Ia berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan…