Menerusi Daily Star, pelumba Jepun dikenali @azusagakuyuki memiliki ramai pengikut di laman sosial kerana menampilkan gaya feminin menunggang motosikal di jalan raya selain gemar berkongsi gambar swafoto bersama motosikalnya.
Malah, dia juga mempunyai rupa paras yang cantik dengan rambut panjang, solekan mata yang mempunyai ciri-ciri gadis cantik sehingga menarik orang ramai mengikuti perkembangannya di laman sosial.
Bagaimanapun, satu program tempatan di Jepun telah membongkar rahsia sebenar wajah @azusagakuyuki.
Seorang kru program terbabit berjaya mendedahkan gadis itu sebenarnya adalah seorang lelaki usia separuh abad dengan rambut ikal mayang berwarna keperangan.
みなさーん٩( ˆoˆ )۶
— 宗谷の蒼氷 (@azusagakuyuki) February 10, 2021
おバイクしてますかぁ✨?
もうすぐ春ですよ???
年齢:昭和の○○○
身長:166
住み:イバラキ?
大好き:バイクいじり?
一言: Life is once, play this world#バイク乗りと繋がりたい #バイク乗りとして軽く自己紹介 pic.twitter.com/t28mZmJ4vg
Dia mengaku 'memancing' peminatnya dengan menggunakan aplikasi FaceApp dan PhotoShop untuk mengubah wajahnya lebih feminin seperti gadis berbanding diri sebenar.
Sebelum ini, dia memberitahu tidak mempunyai ramai pengikut di Twitter ketika memuat naik gambarnya sendiri berbanding selepas memuat naik gambar gadis cantik di Twitter.
Dia kini memperoleh lebih dari 17,000 pengikut di Twitter dan meraih lebih ribuan tanda suka hingga tular di laman sosial.
Sumber: Sinar Harian