Seperti contoh, wagon pantas Audi RS6 Avant yang dipaparkan dalam artikel ini datangnya daripada MTM, dan ia bukanlah wagon yang biasa, ia super luar biasa!
Dengan sentuhan MTM, wagon ini telah diubahsuai dengan unit pengecas turbo baharu, perisian, dan beberapa komponen lain yang membolehkan enjin asal 4.0 liter V8 turbo berkembar itu mampu menghamburkan kuasa setinggi 1,001 hp dan 1,250 Nm.
Satu angka yang cukup menakutkan banyak supercar di luar sana.
Dengan kuasa sebegitu besar, Audi RS6 Avant MTM ini mampu memecut sepantas 2.9 saat dari 0-100 km/j, mencapai kelajuan 200 km/j dalam masa 8.6 saat dan kelajuan tertinggi melangkaui 350 km/j.
Ujian pusingan telah dilakukan di litar Hockenheim GP oleh SportAuto dan mereka berjaya memperoleh catatan masa tidak rasmi sekitar 1:53.40.
Sebagai rujukan, catatan masa itu jauh mengatasi rekod yang telah dicapai oleh kereta-kereta berikut:
- Porsche 718 Cayman GT4 (1:53.90)
- Porsche Taycan Turbo (1:54.10)
- BMW M5 Competitin (1:54.20)
- Ford Mustang Shelby GT500 (1:54.60)
- Audi Rs V10 Spyder Performance (1:55.20).