Pengeluar automotif Ford diberitakan akan terus menghasilkan trak pikap F-150 dan SUV Edge, akan tetapi kedua-dua model itu tidak akan dilengkapi dengan sesetengah modul elektronik.
Menurut wakil Ford, model F-150 dan Edge yang sudah siap dipasang akan terus kekal di fasiliti sehingga kesemua modul elektronik selesai dipasang dan kemudian dihantar kepada para pengedar.
Wakil yang sama turut memberitahu Reuters, disebabkan kekurangan bekalan cip itu Ford F-150 dan Ford Edge tidak mempunyai beberapa fungsi utama seperti kawalan pengelap cermin serta sistem infotainmen itu sendiri.
Selain daripada itu, Ford juga turut menghentikan shif kerja pada hari Khamis dan Jumaat di Louisville Assembly Plant yang digunakan untuk memasang Ford Escape dan Lincoln Corsair, dan akan memulakan semula operasi pada Isnin ini sebelum mencapai kapasiti penuh pada 23 Mac ini.
Malah produksi Fiesta di Cologne juga akan dihentikan buat sementara waktu pada 22 Mac ini.
Nasib Ford turut dialami oleh General Motors sebelum ini di mana pengeluar itu diberitakan akan terus menghasilkan sesetengah trak pikap yang dilengkapi dengan enjin V8 EcoTec3 3.5 liter tanpa sistem pengurusan bahan api aktif yang mengawal nyahaktif silinder.
Sumber: Reuters