Ia adalah pencapaian terbaik Hafizh bersama pasukan NTS RW Racing GP selepas meraih satu mata semasa perlumbaan GP Le Mans.
Menurut luahan perasaannya di laman Instagram beliau, tujuan beliau mahu membawa isterinya ke sana ialah kerana mahukan seorang ahli keluarga rapat dengannya jika berlaku apa-apa kecelakaan.
"Saya race demi Malaysia dan minat, bukan bercuti! Serius macam minta sedekah!" tulisnya di Instagram hafizh_syahrin.
Sebelum ini anak jati Ampang itu pernah menyuarakan rasa tidak puas hati kerana terpaksa menjalankan kuarantin di hotel untuk tempoh seminggu selepas pulang dari luar negara.
Pendapat Hafizh ialah proses kuarantin itu membuang masa dan mengganggu persediaan atlet kerana mereka telahpun melakukan ujian calitan dan mengambil suntikan vaksin Covid-19.
Jawapan dari Friends of Immigration pula dilihat seperti mencabar keluhan Hafizh dan dianggap hanya menyimbahkan minyak ke api yang sedang marak.
Hafizh juga memuat-naik kenyataan seterusnya yang meminta maaf atas keluhannya.
Mungkin agensi kerajaan perlu mewujudkan satu saluran khusus untuk kes-kes terpencil begini kerana apa yang dilakukan oleh Hafizh (berlumba di peringkat antarabangsa) bukan sesuatu yang mudah.