Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia mengakibatkan peningkatan kluster Hari Raya yang menyumbang kepada peningkatan kematian di kalangan ahli keluarga.
"Kita boleh menipu polis, akan tetapi kita tidak boleh menafikan situasi semasa di mana COVID-19 kini ada di mana-mana.
"Ramai orang marah kerana tidak dapat pulang ke kampung, dan kami diberitahu 200,000 orang telah berjaya melepasi sekatan jalan raya.
Beliau menambah, angka kes dijangka akan meningkat 13,000 hingga 15,000 kes sehari sekiranya pergerakan merentas negeri dibenarkan untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Ismail Sabri juga turut menyeru orang ramai untuk memohon permit pergerakan sekiranya mempunyai alasan yang benar-benar kukuh.
Ini kerana terdapat kes di mana polis enggan memberikan kebenaran disebabkan alasan yang tidak kukuh yang diberikan oleh pemohon.
"Kebenaran hanya akan diberikan untuk tujuan pekerjaan atau kecemasan seperti kematian di kalangan ahli keluarga atau menziarah ahli keluarga yang nazak.
Bermula 1 Jun yang lalu, pasangan jarak jauh tidak lagi dibenarkan untuk merentas daerah atau negeri selama dua minggu tempoh sekatan perjalanan penuh dilaksanakan.
Sumber: The Star