Tesla panggil kembali hampir 6 ribu Model 3, Model Y disebabkan bolt angkup brek longgar!

oleh Mohamad Hanif|
Menurut laporan terbaharu daripada CNBC, Tesla kini memanggil kembali kira-kira 5,974 unit kenderaan elektrik akibat risiko bolt angkup brek yang longgar dan mampu menyebabkan risiko kemalangan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dokumen yang dikeluarkan oleh National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) menyenaraikan dua buah model yang terjejas akibat kempen ini iaitu Tesla Model 3 (2019-2021) dan Tesla Model Y (2020-2021).

Tesla dalam satu kenyataan menyebut tiada sebarang insiden kemalangan atau kecederaan dilaporkan berhubung isu yang berbangkit.

Syarikat EV itu akan memeriksa setiap kenderaan, mengetatkan bolt yang longgar atau menggantikan yang baharu sekiranya perlu.

Ia merupakan kempen terbaharu yang dibuat setelah isu melibatkan kegagalan skrin sesentuh berfungsi pada 36,126 unit Model S dan Model X di China, dan 134,951 unit di Amerika Syarikat pada bulan Februari yang lalu.

Sumber: CNBC

Berita Berkenaan

Berita Global
Nampaknya Musk terpaksa membuat pusingan U untuk Tesla di China kerana syarikat beliau telah…
Berita Global
Dalam perbicaraan tersebut, Tesla Power India Pvt Ltd memberi alasan bahawa perniagaan utama mereka…
Berita Domestik
Pelancaran ini memperlihatkan sejumlah 8 pengecas Tesla Supercharging V4, selain turut dilengkapi…