Hamilton menarik balik gaji ditetapkan sebanyak £40 juta (RM231.80j) musim ini dan menerima gaji asas sebelumnya iaitu £34 juta (RM197 juta). Menurut laman web Brazil motorsport.com dia sedia menerima pengurangan gaji musim depan susulan masalah kewangan akibat pandemik Covid-19.
Pemandu Britain itu meletak syarat dengan bonus lebih tinggi selepas mengakui tugasnya lebih mencabar apabila Max Verstappen mendahului carta pemandu dengan empat mata selepas enam perlumbaan.
Hamilton yang menyamai rekod legenda F1, Michael Schumacher dengan tujuh gelaran dunia kini dalam misi memburu gelaran kelapan yang juga yang kelima buatnya berturut-turut.