Mercedes-Benz terbabas di LPT 1 - isteri maut, suami cedera

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan JBPM
Seorang wanita maut selepas kereta mewah Mercedes Benz C300 dipandu suami terbabas melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) arah timur di sini pada petang Jumaat.


Dalam kemalangan kira-kira jam 5.55 petang itu, mangsa, Roziah Abdullah, 44, yang tercampak keluar cedera parah pada bahagian kepala dan kaki disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Suaminya, Mohd Fadzli Abd Razak, 53, dilaporkan cedera di dada dan tangan.
 

 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh@Mohamad Daud berkata, pasangan suami isteri dari Dungun, Terengganu itu dipercayai dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur.

 

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu pegawai eksekutif sebuah syarikat itu hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri dan melanggar penghadang jalan.

 

"Hasil siasatan di lokasi mendapati kemalangan berlaku dalam keadaan cuaca hujan dan jalan agak licin.

 

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk proses bedah siasat manakala pemandu yang cedera dihantar menerima rawatan ke hospital sama," katanya ketika dihubungi di sini pada Sabtu.

 

Kamarulzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

 

 

Sinar Harian
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Mereka juga mendakwa beg udara gagal berfungsi dan pintu kenderaan tidak terbuka selepas kemalangan…
Berita Global
Malah, ia tetap satu kesalahan jenayah walaupun bahan itu tidak diterbitkan langsung di mana-mana…
Berita Domestik
Pihak Polis Daerah Sungai Buloh telah mengesahkan kejadian tersebut telah berlaku pada jam 12.40…