BMW dalam satu kenyataan meramalkan masalah kekurangan cip ini akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini.
Menurut Milan Nedeljkovic, ketua unit produksi BMW memberitahu pengamal media, "Untuk tempoh separuh kedua, masalah kekurangan ini akan kekal kritikal. Anggapan awal bahawa ia akan diselesaikan dalam masa separuh pertama tahun ini nampaknya meleset.
Kebanyakan pengeluar mengalami peningkatan angka jualan untuk dua suku pertama tahun ini disebabkan sekatan COVID-19 yang telah dilonggarkan, namun dalam masa yang sama mereka menghadapi masalah untuk menggantikan unit yang telah dijual kepada unit baharu.
Nedeljkovic memberitahu, BMW telah pun kehilangan output sekitar 30,000 unit sehingga saat ini, dan difahamkan kekurangan output akan terus berlaku untuk separuh kedua tahun ini.
Masalah ini dijangka mampu memberikan kesan besar terhadap industri automotif, tatkala kebanyakan model kenderaan masa kini sudah dilengkapi dengan teknologi termaju dan memerlukan lebih banyak bekalan cip mikro.
Malah, ada sesetengah pengeluar terpaksa mengabaikan sesetengah ciri bagi membolehkan kenderaan mereka dipasang dan disalurkan kepada pengedar untuk dijual.
Sumber: Reuters