Menurut Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA), Mazda menerima 10 laporan berkaitan masalah itu dari September 2015 sehingga Ogos 2019, dan pernah disaman dua kali di US kerana isu yang sama.
Sebanyak 260,915 unit Mazda3 dari tahun 2004 sehingga 2007 akan dipanggil semula.
Mazda memilih untuk mengambil tindakan berkaitan isu itu kerana "mahu berhati-hati" dan juga kerana satu kes "serius" yang berlaku dalam bulan Mac 2019.
Careta sedang menunggu laporan dari Bermaz, wakil Mazda di Malaysia untuk mengetahui adakah unit di Malaysia turut terbabit.
* Laporan lanjut di Jalopnik.com