Menurut laporan daripada The Rakyat Post, Majlis Perbandaran Sepang telah mengesahkan projek perintis selama tiga bulan akan dijalankan bermula Januari 2022 melibatkan kawasan Persiaran Rimba Permai dan Persiaran Bestar.
Sistem ART merupakan gandingan antara bas, perkhidmatan transit aliran ringan dan tram yang menggunakan jalan raya sebenar tanpa memerlukan landasan khas.
Perkhidmatan ART ini menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya dan menyokong sistem pemanduan autonomi, namun boleh dikawal secara manual dengan kehadiran pemandu.
Setiap tram terdiri daripada tiga gerabak yang mampu memuatkan sehingga 307 penumpang pada satu-satu masa dan berkeupayaan untuk bergerak sepantas 70 km/j.
Projek ini juga dikatakan mampu membantu Cyberjaya untuk mengurangkan emisi karbon sebanyak 40 peratus menjelang 2030.
Sumber: The Rakyat Post