Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Allianz General, Sean Wang berkata, pengenalan perkhidmatan bantuan tepi jalan ini mampu memberikan manfaat kepada penunggang motosikal, dengan perkhidmatan tambah nilai yang lebih baik.
Perkhidmatan yang ditawarkan kepada pemegang polisi Allianz Motorcycle Plus (Komprehensif) dan Allianz Motorcycle (Komprehensif) (bawah 250cc) ini merangkumi bantuan trak tunda kecemasan (sehingga 50 km secara percuma untuk dua hala), penghantaran minyak, bateri dan perkhidmatan tayar pancit.
Selain daripada itu, pelanggan juga akan diberikan baucer e-hailing yang boleh digunakan untuk pulang ke rumah dari kawasan kecemasan bagi mengurangkan sebarang kesukaran yang dihadapi.
Di bawah Allianz Road Rangers, Allianz General mempunyai 190 buah trak tunda yang bersedia untuk berkhidmat kepada pengguna yang memerlukan.