Pejalan kaki maut dirempuh ketika bantu mangsa kemalangan

oleh SALINA JALIL|
Seorang wanita dan penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Tun Dr Awang di Bagan Serai, semalam.


Manakala seorang lagi wanita dan pemandu kereta mengalami kecederaan parah.
AION MREC Banner Campaign May 2024

 

Difahamkan dua wanita itu adalah pejalan kaki yang cuba membantu penunggang motosikal yang terbabit kemalangan sebelum dirempuh sebuah kenderaan.

 

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru, Helmirizal Che Morad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.26 malam.

Menurutnya, kemalangan membabitkan kereta jenis Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 25 tahun dan motosikal Honda Waze dengan dua pejalan kaki.

 

"Pejalan kaki dan penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala orang ramai bantu mengeluarkan pemandu kereta yang mengalami kecederaan parah.

 

"Penunggang motosikal yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Faizal Abu Bakar, 33, dan pejalan kaki Suhaila Zainol Abidin, 45 tahun. Manakala seorang lagi wanita belum dikenalpasti identiti," katanya di sini, hari ini.

 

Tambah beliau semua mangsa di hantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP).

 

 

Harian Metro

 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris, berkata kemalangan hanya…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati…
Berita Domestik
Pihak Polis Daerah Sungai Buloh telah mengesahkan kejadian tersebut telah berlaku pada jam 12.40…