Meskipun dipakaikan lencana yang berbeza, namun secara asasnya kedua-dua jentera pacuan roda belakang itu berkongsi banyak perkara dan komponen, dan ia diteruskan pada generasi kedua GR 86 dan BRZ yang dilancarkan pada tahun ini (BRZ dilancarkan pada tahun lalu).
Untuk generasi kedua, Toyota mendakwa mereka telah melakukan beberapa perubahan bagi menjadikan GR 86 lebih sedap untuk dipandu, menawarkan pengendalian unik dan kelincahan yang tersendiri.
Bagi membuktikan hasil kejuruteraan yang diperkatakan, Toyota menjemput mana-mana pelanggan yang mahu membeli GR 86 untuk merasai sendiri pengalaman pemanduan di dalam jentera tersebut dan membandingkannya dengan sebuah lagi jentera - Subaru BRZ 2022 di litar lagenda Fuji Speedway.
Bagi mereka yang kebetulan berada di Jepun, acara Fuji 86 Style akan berlangsung pada 21 November di Fuji Speedway dengan yuran kemasukan sekitar 2,500 yen sahaja (RM90.80).