Kilang Proton pilih guna Maxis 5G

oleh HEZERI SAMSURI|
Proton telah memilih untuk menggunakan perkhidmatan perhubungan 5G dari Maxis untuk penyelesaian IoT bagi kilang mereka di Tanjung Malim, Perak.

Menurut siaran akhbar yang diterima, antara solusi yang akan digunakan termasuklah sistem Keselamatan Pintar dalam proses pemasangan kenderaan dan juga sistem sokongan dan penyelenggaraan Augmented Reality/Virtual Reality bagi komunikasi antara Proton dengan jurutera-jurutera lain di dalam kumpulan Geely di seluruh dunia bagi penyelesaian isu teknikal dan kualiti pengeluaran.
AION MREC Banner Campaign May 2024

Menurut teraju utama dan juga CEO Proton, Dr Li Chunrong, kerjasama dengan Maxis akan memberikan peluang penambahbaikan dari segi keselamatan yang dipertingkatnya, persekitaran yang lebih selamat, kecekapan yang lebih baik serta produk yang lebih berkualiti.

Selain dari itu, rangkaian 5G dari Maxis itu juga akan membantu membina Proton City di Tanjung Malim, satu projek yang sudah lebih dari 10 tahun terbantut pengembangannya.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Anjuran peraduan teka nama model EV pertama Proton adalah memberi bayangan bahawa EV pertama di…
Kereta
Setelah empat tahun berlalu, kami di Careta telah meminjam sebuah Proton X70 varian 1.8 TGDI…
Berita Domestik
Jualan bagi empat bulan pertama tahun 2024 juga meningkat kepada 50,175 unit, lebih tinggi daripada…