Setiausaha Luar Filipina, Teodoro Locsin, berkata beliau sudah menyuarakan 'kemarahan, kutukan dan bantahan' kepada Beijing berhubung tindakan itu.
Serangan dilakukan Selasa lalu ketika bot Filipina merentasi Beting Second Thomas di perairan Pulau Spratly yang hak miliknya dipertikaikan beberapa negara.
"Nasib baik tiada yang cedera tetapi bot kami terpaksa membatalkan penghantaran bekalan.
"Bot Filipina yang terbabit adalah bot awam dan dilindungi di bawah perjanjian pertahanan dengan Amerika Syarikat (AS) dan China tiada hak penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan ini.
"Nasib baik tiada yang cedera tetapi bot kami terpaksa membatalkan penghantaran bekalan.
"Mereka (China) mesti mengambil maklum serta berundur," katanya menerusi ciapan Twitter sambil menyifatkan penggunaan meriam air sebagai tindakan yang menyalahi undang-undang.
Ketegangan di kawasan perairan yang kaya sumber asli itu memuncak selepas ratusan kapal milik China dikesan di Terumbu Whitsun, yang juga berada di semenanjung Spratly.
China menuntut hampir keseluruhan kawasan perairan di Laut China Selatan yang menyaksikan dagangan bertrilion dolar merentasinya setiap tahun dan turut dituntut Brunei, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Vietnam.
Locsin berkata kawasan beting itu berada di dalam Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Filipina dan memberi amaran bahawa kegagalan China untuk 'mengawal diri' akan menjejaskan hubungan antara kedua-dua negara.
"Kami tidak perlu minta kebenaran untuk melakukan sesuatu dalam wilayah," katanya.
"Bot Filipina yang terbabit adalah bot awam dan dilindungi di bawah perjanjian pertahanan dengan Amerika Syarikat (AS) dan China tiada hak penguatkuasaan undang-undang di kawasan perairan ini.