V100 merupakan satu-satunyo model skuter yang menggunakan enjin dua lejang seperti apa yang dibawa oleh model-model Suzuki yang lain antaranya RG-V serta Panther TXR.
Tinjauan di beberapa laman web jualan kenderaan, ternyata model V100 telah disenaraikan sebagai motosikal yang paling sukar diperolehi ketika ini kerana produksi yang telah dihentikan.
Kalau ada sekalipun, harganya sudah mencecah RM5,000 hingga RM7,000 bagi yang lengkap dokumen dan masih digunakan (running).
Manakala bagi yang tersadai, jangan terkejut apabila boleh mencecah RM3,000 sebiji. Jika sebelum ini jenama V100 langsung tidak dipandang.
Rata-rata orang ramai menyatakan pandangan mereka terhadap harga skuter ini yang turut menjadi fenomena baharu di Malaysia.
“Walaupun kecil, skuter ini menggunakan enjin 2 -stroke (lejang). Kita perlu gunakan minyak 2T untuk menggerakkannya.
“Ternyata enjin skuter ini begitu laju dan berkuasa dan juga senang untuk diselenggara terutamanya kepada makanik ‘otai’,” jelas KeriKhairi.
“Saya baru dapatkan motosikal ni bulan lepas, alat ganti juga masih ada di Shoopee. Alat ganti tidak terlalu mahal. Masih releven jika ingin guna skuter ini,” kata Joe Rahman Kontena.