"Mereka mengaku antara pemandu yang terbabit memotong barisan di Jalan Sunggala-Sua Betong semalam, hadir ke Balai Trafik Port Dickson untuk membantu siasatan.
"Ketiga-tiga lelaki berkenaan adalah pemandu kepada kenderaan jenis Proton Wira (NAV 7907), Perodua Myvi (VBB 1806) dan kereta jenis Proton Gen-2 (CBS 5433)," katanya dalam satu kenyataan media di sini tadi.
Katanya, ketiga-tiga lelaki berkenaan masing-masing berusia 57, 46 dan 36 tahun.
"Mereka bekerja sebagai pemandu lori, jurujual dan akauntan pihak berkuasa tempatan.
"Polis masih lagi mengesan enam pemandu atau pemilik kenderaan yang terbabit dalam menggunakan lorong kecemasan untuk memotong barisan," ujarnya.
Aidi Sham berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan atau Kaedah 53(1) Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.
Terdahulu tular satu rakaman video di media sosial Facebook yang merakam sembilan kenderaan menggunakan lorong kecemasan untuk memotong kenderaan di Jalan Sunggala-Sua Betong semalam.