Dua maut dirempuh lori treler di lorong kecemasan

oleh SALINA JALIL|
gambar ihsan dari PDRM
Dua lelaki maut dalam kejadian kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di lorong kecemasan Kilometer 241.6, Lebuh Raya Utara Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi semalam.


Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, mangsa, Saifuddin Abdullah, 50, pemandu lori, jenis Isuzu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian susulan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Penunggang motosikal jenis Honda, R. Morgana Krishnan, 49, pula mengalami kecederaan  di bahagian kepala dan turut disahkan maut di lokasi kejadian.

 

“Kemalangan ini membabitkan tiga buah kenderaan iaitu lori jenis Isuzu, motosikal jenis Honda dan sebuah treler. Berdasarkan siasatan awal, pemandu lori berhenti di lorong kecemasan kerana kehabisan minyak dan dibantu oleh penunggang motosikal yang datang membawa botol minyak. 

 

“Kemudian datang lori treler dari arah Ayer Keroh menghala ke Senawang merempuh pemandu lori dan penunggang motosikal yang berdiri di sebelah kanan lori menyebabkan kedua-dua mangsa melambung dan jatuh di atas lorong kecemasan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan.

 

Hazri berkata, akibat kemalangan tersebut, kedua-dua mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Bahagian Forensik Hospital Rembau untuk tujuan bedah siasat. Menurutnya, lori treler telah meninggalkan lokasi selepas kemalangan dan usaha untuk mengesan pemandu sedang dijalankan.

 

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. 

 

 

 

 

Utusan

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Walau bagaimanapun, yang mengundang tanda tanya dalam kalangan orang ramai adalah kedudukan…
Berita Domestik
Susunatur Rekabentuknya juga boleh dibahagikan kepada dua jenis susunatur: Susunatur tipikal di…
Berita Domestik
Beliau berkata, siasatan mendapati insiden jam 1.58 petang berpunca tindakan suspek menggunakan…