Pakej Black Edition ini boleh dipadankan pada mana-mana varian S60, termasuklah model standard, varian mild-hybrid, serta varian plug-in hybrid S60 Recharge.
Sesuai dengan namanya, warna hitam berkilat boleh didapati pada beberapa bahagian seperti rim aloi bersaiz 19 inci, gril hadapan, logo Volvo, trim luaran, diikuti dengan tip ekzos yang dihitamkan.
Hanya dua warna luaran sahaja ditawarkan, iaitu Onyx Black Metallic atau Crystal White Metallic.
Harga jualan S60 Black Edition ini bermula dari bawah julat $40,000 bergantung kepada trim yang dipilih.