Ia berikutan laporan dan gambar yang tular di media sosial yang mendakwa eskalator di Stesen LRT Ampang Park telah terbakar.
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian yang berlaku pada jam 5.16 pagi itu.
Menurut Rapid Rail, eskalator itu merupakan sebahagian daripada jejantas pejalan kaki yang digunakan oleh orang awam untuk menyeberangi Jalan Ampang, dan ia bukanlah milik atau di bawah selenggaraan Rapid Rail.
Pihak Rapid Rail sedang bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, serta pihak kontraktor bagi mengenal pasti punca kebakaran.