Perintah berkurung yang dilaksanakan di Shanghai pada ketika ini menyebabkan dua syarikat pembekal komponen automotif iaitu Thyssenkrupp dan Aptiv terpaksa menutup sementara kilang produksi bagi membendung penularan wabak coronavirus.
Reuters melaporkan kilang GM yang digunakan untuk memasang model Chevrolet, Buick dan Cadillac dikatakan mengarahkan para pekerjanya tidur di lantai kilang bagi memastikan operasi pemasangan berjalan seperti biasa, menurut dua sumber yang rapat dengan isu tersebut.
Sementara itu, GM memberikan respons bahawa kilang tersebut beroperasi seperti biasa, namun tidak mendedahkan butiran berkenaan aturan pekerja yang dibuat.
Peningkatan kes jangkitan di China menyebabkan sesetengah pihak terpaksa mengambil langkah pengurusan tertutup bagi mengelakkan pekerjanya terdedah kepada populasi rakyat yang lebih besar.
Sebagai contoh, Foxconn dikatakan menggunakan langkah yang serupa bagi memastikan operasi pemasangan kekal berjalan seperti biasa, malah China juga turut menggunakan langkah tersebut ketika menganjurkan sukan Olimpik Musim Sejuk.
Sumber: Reuters