Pemandu Jerman itu kemudian disahkan tidak mengalami sebarang kecederaan namun tidak beraksi pada hari perlumbaan di Jeddah.
Haas mendedahkan siasatan awal mendapati hanya casis dan enjin adalah bahagian utama yang tidak terjejas dalam kemalangan berkelajuan tinggi itu yang hampir menyebabkan jentera VF-22 Schumacher terbelah dua.
"Casis itu nampaknya tidak rosak. Untuk enjin pula, saya dimaklumkan oleh Ferrari ia nampak OK. Tetapi yang lain mengalami kerosakan," kata ketua pasukan Haas, Guenther Steiner.
Ditanya anggaran kos untuk membaiki jentera berkenaan, Steiner berkata: "Saya rasa kosnya masih agak tinggi kerana banyak yang rosak.
"Saya belum pasti lagi berapakah jumlahnya tetapi melihat kerosakan pada kotak gear dan keseluruhan bahagian yang rosak, ia dianggarkan antara $500,000 (RM2.1 juta) hingga $1 juta (RM4.2 juta)."