F1: Max Verstappen juara GP Arab Saudi

oleh Mohamad Hanif|
sumber gambar: CNN
JUARA dunia Formula Satu (F1), Max Verstappen dari Belanda kembali mempamerkan mentaliti juara apabila menguasai perlumbaan Grand Prix (GP) Arab Saudi di Litar Jeddah Corniche pada Isnin.

Pelumba Red Bull itu yang sebelum ini dikecewakan dengan aksi cukup memilukan di GP Bahrain Ahad lalu selepas jenteranya mengalami masalah mekanikal pada empat pusingan terakhir kembali padu untuk kemenangan ke-21 dalam kariernya pada perlumbaan tersebut.

Pacuan konsisten jentera RB18 kali ini membolehkan Verstappen mengakhiri perlumbaan dengan catatan satu jam 24 minit 19.293 saat sambil diekori rapat pelumba sensasi Ferrari dari Monaco, Charles Leclerc (0.549 saat) kedua.

Rakan sepasukan Leclerc, Carlos Sainz (8.097 saat) melengkapkan kedudukan podium tiga terbaik perlumbaan kedua sukan permotoran berprestij dunia tersebut.

Sementara itu, rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez (8.097s) dari Sepanyol menduduki tempat keempat manakala pemandu Mercedes, George Russell (32.732s) kelima selepas bergelut di hadapan Esteban Ocon dari Alpine, yang mengenepikan pemandu McLaren, Lando Norris ke tempat keenam dengan hanya 0.1 saat.

Dalam pada itu, pelumba Mercedes, Lewis Hamilton, pemenang perlumbaan sulung tahun lalu, bangkit untuk meraih mata terakhir di tempat ke-10 selepas bermula di tempat ke-15.

Sumber: Sinar Harian

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Verstappen dilihat turun dari jet peribadinya manakala Toto dan delegasi dipercayai pasukan…
Sukan Bermotor
Mercedes CEO Ola Källenius telah beri lampu hijau kepada Toto Wolf untuk bayar RM 522 juta…
Sukan Bermotor
Prestasi Merudum, Tekanan Dalaman Memuncak Musim 2025 menjadi titik mula kejatuhan apabila Red…