Bagaimana pula jika Toyota 'gatal' untuk menawarkan GR Corolla dalam versi sedan?
Seorang artis rekaan X-Tomi Design telah menghasilkan sebuah imej janaan komputer yang menampilkan sedan tiga kotak Corolla yang digandingkan dengan elemen sporti daripada GR Corolla.
Selain daripada rupa paras depan yang diambil terus daripada model hot hatch, sedan GR Corolla ini turut menampilkan liang pada fender depan, jarak trek gandar belakang yang ditambah, serta penampilan sayap kekal pada but belakang.
Setakat ini, tiada sebarang perancangan kukuh daripada Toyota untuk menghasilkan GR Corolla dalam versi sedan.