Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan pemeriksaan percuma di pusat pemeriksaan PUSPAKOM boleh membuat janji temu dalam talian MyPUSPAKOM di www.mypuspakom.com.my
Selain daripada pusat pemeriksaan PUSPAKOM, orang ramai juga boleh mendapatkan pemeriksaan percuma ini secara ”walk-in” melalui Unit Pemeriksaan Bergerak PUSPAKOM pada tarikh dan tempat yang ditetapkan seperti di bawah:
Kempen VVI percuma ini melibatkan 25 pemeriksaan iaitu brek, gelincir sisi, tayar, suspensi, asap, lampu, bahagian bawah dan atas kenderaan, ketelusan cahaya cermin dan lain-lain lagi yang bertujuan memastikan tahap kondisi kenderaan adalah selamat untuk dipandu terutamanya ketika pulang ke kampung pada musim perayaan nanti.
Ketua Pegawai Eksekutif PUSPAKOM Shukor Ismail berkata, kempen ini merupakan tanggungjawab korporat PUSPAKOM bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap keperluan pemeriksaan kenderaan secara berjadual untuk memastikan tahap keselamatan kenderaan lebih-lebih lagi ketika musim perayaan di mana jumlah kenderaan di jalan raya dijangka tinggi.
Bagi mereka yang ingin hadir untuk mendapatkan pemeriksaan kenderaan percuma ini perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti memakai pelindung muka, mengimbas MySejahtera dan mengamalkan penjarakan sosial.